Welcome Guest [Log In] [Register]
We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Username:   Password:
Add Reply
Cadangan jimat beban perbelanjaan dalam lima tahun elak negara muflis; life's tougher in the nx 3-5 yrs.....
Topic Started: May 28 2010, 08:49 AM (937 Views)
ongkh
Global Forum
Moderator
KUALA LUMPUR: Subsidi tol, bahan api dan tenaga serta gula, tepung dan minyak masak dicadang dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun. Cadangan itu yang dikemukakan Makmal Rasionalisasi Subsidi, dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, pada Hari Terbuka makmal berkenaan di sini, semalam, bagi mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet, tidak lama lagi. Idris berkata, Malaysia adalah antara negara paling bersubsidi di dunia dengan tahun lalu saja jumlahnya mencecah RM74 bilion merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion).

“Jumlah subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah. Ini menimbulkan beban fiskal kepada ekonomi Malaysia dan kita patut menghindarinya bagi menyelamatkan negara menjadi muflis seperti Greece yang pendapatannya 100 peratus terpaksa membayar hutang,” katanya.

Beliau berkata, beban hutang negara kini mencecah RM362 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - yang tertinggi sejak merdeka dan dianggar meningkat kepada RM1,158 bilion menjelang 2019 yang boleh mengakibatkan negara muflis.

Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), berkata rakyat Malaysia harus sedar negara memberi subsidi tertinggi, iaitu 4.6 peratus daripada KDNK, malah lebih tinggi berbanding Switzerland (3.5 peratus), Indonesia (2.7 peratus) dan Perancis (1.4 peratus).
Dalam taklimatnya, Idris berkata, harga petrol dicadang dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, diesel (10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus.

Beliau berkata, selepas itu harga minyak akan dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan dan 20 peratus bagi harga LPG setiap tahun.

“Masanya sesuai untuk menaikkan harga petrol kerana harga minyak mentah dunia agak rendah sekitar AS$71.65 setong. Kita juga sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan mekanisme harga terapung,” katanya.

Makmal itu juga mencadangkan harga tepung dinaikkan 20 sen satu kilogram tahun ini dan 25 sen tahun depan, manakala gula naik 20 sen sekilogram setiap enam bulan sehingga 2012.

Harga minyak masak pula meningkat 15 peratus sekilogram tahun ini, 15 peratus lagi tahun depan dan selepas itu lima peratus setiap tahun sehingga Januari 2014.

Mengenai kadar tol, Idris berkata, kenaikannya akan dibuat mengikut perjanjian konsesi tetapi hanya membabitkan lebuh raya yang mempunyai jalan alternatif.

Idris berkata, cadangan itu akan dibuat secara berperingkat antara setahun hingga lima tahun supaya pelaksanaannya tidak membebankan rakyat.

Pada masa sama, rasionalisasi subsidi petrol juga dicadang memberi rebat tunai sebanyak RM54 kepada pemilik motosikal yang kurang 250cc, manakala kereta kurang 1,000cc mendapat RM126. Diskaun 20 peratus juga diberi untuk tambah nilai kad Touch n G0 bagi transaksi melebihi 80 sebulan.

Bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga makanan pula, rebat tunai RM20 diberi kepada pemegang kad MyKad atau MyKid untuk tahun pertama manakala tahun kedua diskaun hanya untuk pemegang kad MyKasih yang pendapatan seisi rumah di bawah kadar tertentu.

Beliau berkata, rasionalisasi subsidi minyak dijangka dapat menjimatkan RM44.9 bilion dalam tempoh lima tahun sehingga 2014, elektrik (RM35.9 bilion), tol (RM3.7 bilion), makanan (RM8.5 bilion).

Idris berkata, kerajaan juga akan mengurangkan pembaziran dalam bidang pertanian, perikanan, pendidikan dan kesihatan yang boleh menjimatkan sehingga RM16.3 bilion dalam tempoh sama.

Beliau bagaimanapun berkata, pelaksanaan rasionalisasi itu bergantung kepada keputusan Kabinet.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
ongkh
Global Forum
Moderator
based on the news above, only car below 1.0cc will benefit the rm126 subsidy per ...??
our avz from 1.3 to 1.5cc seems like no subsidy at all......... :rubeyes :rubeyes :rubeyes

motorbike user will hv rm54 subsidy per......?? mth or year ?? :me_stupid :me_stupid
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
ongkh
Global Forum
Moderator
2010/05/28
KUALA LUMPUR: Rakyat akan memperoleh rebat tunai RM54 untuk setiap motosikal kurang 250cc dan RM126 untuk kereta kurang 1,000cc apabila kerajaan menguatkuasakan penghapusan subsidi minyak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata pemberian rebat tunai itu membabitkan setiap pemilik kenderaan berkenaan. Beliau berkata, imbuhan yang membabitkan perbelanjaan RM526 juta setahun itu termasuk dalam prinsip kelapan, iaitu langkah mitigasi dan bantuan jika perlu untuk menangani kesan kewangan menerusi pelan merealisasikan subsidi. “Kerajaan juga boleh menjimatkan sehingga RM44.9 bilion dalam masa lima tahun jika memperkenalkan mekanisme pengapungan harga minyak.

Jumlah berkenaan bermula RM1.3 juta tahun ini, sebelum meningkat secara berperingkat dan mencecah sehingga RM15.8 juta pada 2014,” katanya.

Idris berkata, kelebihan yang diperoleh rakyat itu bagi mengimbangi peningkatan harga minyak secara berperingkat berikutan langkah penghapusan subsidi.

Katanya, berdasarkan perancangan, harga minyak meningkat 10 sen seliter setiap enam bulan, manakala bagi gas cecair petroleum (LPG) pula 20 peratus setiap tahun, berdasarkan permintaan dan penawaran semasa.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
alam
Member Avatar
alam
Moderator
Be prepared for a total inflation after that. Life won't be easy.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
SK
Advyn
Administrator
Agreed with Alam, lifting of subsidies and implementation of GST will definitely create a big impact to us as consumer. Inflation rate will increase and we have to prepare adapting new changes :(
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
ongkh
Global Forum
Moderator
PETALING JAYA: The withdrawal of subsidies for sensitive items that affect the lower-income group should be done over a longer period, said Tan Sri Ramon Navaratnam.

The Centre for Public Policy Studies at Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) head said although he welcomed the move, five years was too short to soften the blow.

“Subsidies for sensitive items like sugar, flour and cooking oil should be withdrawn over as longer a period as possible,” he said yesterday.

On Thursday, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala proposed the withdrawal of subsidies for eight areas over five years.

Idris, who is also Performance Management and Delivery Unit chief executive officer, said the Government would be able to save RM103bil by withdrawing those subsidies.

Navaratnam said the management of subsidy withdrawals should be done in tandem with other aspects of the nation’s economic management. “We have to consider the mismanagement and wastage of public funds to ensure efficiency and productivity in government delivery.”

He also said it would be unfair to do this without compensating the people with better transport, housing, healthcare and education facilities.

Meanwhile, Bernama reported Transport Workers Union secretary-general Datuk Zainal Rampak as saying that doing away with subsidies on items such as flour and cooking oil would burden the low-income group.

He also called for a better deployment of subsidies for certain items and not abolish them altogether.

Fomca adviser Prof Datuk Hamdan Adnan said the Government should put in place a strong justification before cutting the subsidies so as not to burden the low-income group.

“The Government should not hastily implement subsidy reduction,” he said, adding that the Government should also monitor any increase in prices arising from the move.

The Malaysian Muslim Consumers Association supported the subsidy reduction, with executive secretary Datuk Paduka Nadzim Johan saying it could spur productivity and overcome reliance on subsidies.

Offline Profile Quote Post Goto Top
 
alam
Member Avatar
alam
Moderator
We can understand that too much of subsidy is unhealthy actually, but we got used to it. I think the reduction process will take a few years not all in a sudden. We have to face it.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
SK
Advyn
Administrator
Govt should provide better education, better medical service, better public transport, lower income tax rate, etc in return.
In reality, when inflation rate up, unemployment rate will follow, then crime rate will increase, more social issues will also arise.
Should stretch it to a longer period so that the snow ball effect can reduce to minimum.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
ongkh
Global Forum
Moderator
SK
May 30 2010, 08:30 AM
Govt should provide better education, better medical service, better public transport, lower income tax rate, etc in return.
In reality, when inflation rate up, unemployment rate will follow, then crime rate will increase, more social issues will also arise.
Should stretch it to a longer period so that the snow ball effect can reduce to minimum.
:thumbup :thumbup :thumbup :thumbup :thumbup say.........
no matter what games they wanna to play, juz make sure we're not
falling backwards to the 3rd world country like.....???

u sure know wat i meant...... :wacko :ph43r
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
alam
Member Avatar
alam
Moderator
SK
May 30 2010, 08:30 AM
Govt should provide better education, better medical service, better public transport, lower income tax rate, etc in return.
In reality, when inflation rate up, unemployment rate will follow, then crime rate will increase, more social issues will also arise.
Should stretch it to a longer period so that the snow ball effect can reduce to minimum.
I'll rather call it the domino effect.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
ongkh
Global Forum
Moderator
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram berikutan pelarasan harga yang diumumkan kerajaan, semalam, diyakini dapat membantu rakyat mengamalkan gaya hidup sihat selain mengatasi masalah kekurangan gula di pasaran.


this is a domino chain effect ?? :unsure :unsure :unsure
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
alam
Member Avatar
alam
Moderator
ongkh
Jul 16 2010, 08:56 PM
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram berikutan pelarasan harga yang diumumkan kerajaan, semalam, diyakini dapat membantu rakyat mengamalkan gaya hidup sihat selain mengatasi masalah kekurangan gula di pasaran.


this is a domino chain effect ?? :unsure :unsure :unsure
This effect will be felt by each & everyone of us. There'll be a price hike for coffee, tea, other drinks. It's unavoidable since we have to drink everyday.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
ongkh
Global Forum
Moderator
in short, everything will be increase slowly by those dealing in the f&b industry...
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
« Previous Topic · Non Car Related · Next Topic »
Add Reply