Welcome Guest [Log In] [Register]
We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Username:   Password:
Add Reply
avz lose control....... life threathening to all...
Topic Started: Apr 30 2010, 08:36 AM (459 Views)
ongkh
Global Forum
Moderator
ALOR SETAR: Seorang guru wanita berusia 34 tahun terbunuh, manakala tiga anaknya termasuk bayi berusia empat bulan cedera, selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pokok dan terhumban ke dalam sawah di Jalan Telok Bagan, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Zabedah Harun yang memandu Toyota Avanza dari arah Yan melalui Telok Bagan ke Tandop, di sini, hilang kawalan selepas cuba mengelak penunggang basikal dari arah sama. Mangsa yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Kebun Pinang, di sini, cedera parah di badan dan kepala sebelum meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. Tiga anaknya, Halijah Nur Janah Abu Mutalib, 6; Adam Haris, 3 dan Aishah Norakila, empat bulan, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Kemajuan, di sini, menuju ke Telok Bagan untuk menghantar dua anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak, manakala bayinya ke rumah pengasuh.

Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan mangsa hilang kawalan selepas cuba mengelak merempuh basikal ditunggangi seorang lelaki.

“Kenderaan mangsa merempuh sebatang pokok sebelum terhumban ke dalam sawah. Mangsa yang cedera teruk pada badan dan kepala dipercayai terhantuk dikejarkan ke HSB untuk rawatan sebelum meninggal dunia dua jam kemudian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, abang sulung mangsa, Mahadzir Harun, 43, berkata anak saudaranya yang hanya cedera ringan bagaimanapun masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu.

“Apa yang menyedihkan, adik saya yang baru bersalin empat bulan lalu beriya-iya mencari pengasuh kerana tidak mahu Aishah Norakila dihantar ke pusat asuhan yang menempatkan ramai bayi,” katanya.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sematang Alor Janggus selepas solat Asar, semalam.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
alam
Member Avatar
alam
Moderator
Sorry to hear the news. I think it's only an accident. Not an issue for our avanza.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you
« Previous Topic · Latest Happening · Next Topic »
Add Reply